Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
Hampir tiga jam la jugak nak selesaikan barang-barang ni masuk ke dalam bilik semua. Tak lama lagi mak, ayah dan adik-adik akan tinggalkan aku seorang diri kat sini. Ya Allah...takut la plak rasanya.
"Dah siap kan semua, tak dek lagi yang tertinggalkan...jom kite pergi jalan rumah kawan ayah tu sekejap. Tak elok la plak klau tak pergi, orang dah ajak.." ajak ayah.
"Kat mana?"..aku bertanya ringkas.
"Kat depan tu je, dalam kawasan ni jugak, pak cik tu kan staff kat sini..." mak menjawab.
Kami sekeluarga pergi ke rumah kawan ayah tadi. Memang benar, rumahnya dalam kawasan politeknik ini juga. Jalan kaki pun boleh.
Seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 40an menyambut kami dengan baik. Isteri pakcik tadi mungkin. Dia terkejut melihat mak dah ayah, tak sangka boleh berjumpa semula setelah sekian lama. Beberapa minit kemudian pakcik tadi muncul.
" Berapa lama dah mu duk sini Din?" ayah memulakan perbualan.
"Eh, dah lebih 5 tahun la jugak..lepas pindah dari Penang hari tu. Anak berapa dah skang, empat orang ni je ke?" pakcik itu bertanya balik.
"Empat orang ni je la, sorang ni je perempuan..." emak menjawab sambil memegang bahuku. "Mun baper orang anak?' tanya emak.
"Kite dua orang je, dua-dua lelaki. Anak yang sulung tu daftar kat sini juga hari ni. Ni anak ambil kos ape?" Makcik Mun itu bertanya kepadaku.
"Mekanikal packaging.." aku menjawab ringkas sambil tersenyum. Kan kalau tak senyum cakap sombong pulak.
"Anak mak cik tu dapat kos mekanikal rasenye, sama ke?" tanya Cik Mun.
"Ntah la cik, tak sama rasanya.." aku menjawab kurang pasti.
Tiba-tiba seorang lelaki yang berbadan tak la besar, tak la kurus sangat keluar dari bilik sambil sibuk bercakap dengan telefon bimbit. Tanpa memandang ke arah tetamu nya dia terus masuk ke dalam bilik satu lagi.
"Tu la anak yang sulung yang daftar belajar hari ni, Syam namanya. Sibuk bercakap ngan kawan die la tu" kata Cik Mun sambil mengeleng-geleng kepalaya.
"Mak aiii anak mak cik ni, tak belajar adab hormat tetamu ke, kalau ya pun salam la ngan ayah aku ni.. hishh sombong!!!" aku mengomel di dalam hati. Mak ngan ayah terus rancak berborak dengan tuan rumah. Aku hanya berdiam sambil dalam kepala memikirkan anak Cik Mun yang bernama Syam tadi. Geram masih lagi terasa. Berlagak betul sikapnya. Cepat je rasa benci datang kat budak tu. Dah la muka die pun x sempat nak tengok, ntah hensem ke tak. Tak handsome la klau perangai macam tu tuh.
Sedar tak sedar hari dah lewat petang. Mak dan ayah meminta diri untuk pulang sekaligus akan meninggalkan aku berseorangan di sini. Aku menjadi sebak. Dalam hati meronta-ronta tidak mahu tinggal di sini. Sebelum meninggalkan rumah Cik Mun, Cik Mun sempat berpesan kepadaku supaya datang ke rumahnya jika ada apa-apa masalah dan masa lapang.
"Along duk sini baik-baik ye, jangan buat sangat perangai degil awak tu, sorok-sorok sikit"..ayah berpesan sambil sempat berceloteh.
"Kalau weekends tiada apa-apa aktiviti tu along balik la rumah kalau bosan duduk sini." emak memberi cadangan.
Aku menghulurkan tangan bersalaman dan mencium pipi kedua mak dan ayah. Air mata mangalir apabila terkenangkan aku akan barjauhan dengan mereka selepas ini. Emak turut sama menangis.
"Babai akak...." adik-adik menjerit sambil melambai-lambai dari dalam kereta, begitu juga emak dan ayah.
Semakin lama semakin jauh kereta ayah meninggalkan aku di sini dan terus hilang dari pandanganku. Sunyi terasa. Tiada lagi suara emak dan ayah, tiada lagi suara gelak tawa adik-adik. Ya Allah, kau lindungi dah rahmatilah kehidupan aku disini...
Akan bersambung..:)
Thanks for reading :)